Pelita.

"Kasihku telah lama ku tunggu kedatanganmu itu
Tetapi mana menghilang dirimu yang dulu
Ku tetap menanti menolak yang baru
Dengan cara ini ku luah perasaan rindu
Kau terus menyepi dan terus menyendiri
Di mana salahku sehingga engkau terus pergi
Banyak yang bermain difikiran aku ini
Sesaat telah pergi menunggu engkau kembali
Ku terus berdoa agar kau selamat di sana
Hidupku ditinggalkan buat satu tanda tanya
Kenapa kau pergi mengapakah kau di sana
Aku rindu berita yang indah bersama."


"Siapalah aku tanpa kamu di sisi
Hanya berdiri menunggu masa berlalu pergi
Apakah aku jika kamu tidak di sini
Cuma si gelap kerna tiada yang menerangi
Mengertilah wahai pujaan hatiku
Aku rindu setiap detik masa yang berlalu
Kembalilah padaku ya aku merayu
Agar kita bahagia bersama macam dahulu
Tanpa kamu hidup aku tidak sempurna
Diri kamu tuk aku tiada satu kita beza
Kerna kau pelita bersinarlah semula
Moga dapat ku nikmati frasa bernama cinta."