Future husband.

Assalamualaikum. Kehadapan kekasih hati, Muhammad Syahmi Bin Abd. Hamid yang jauh dimata namun dekat dihati. Ye post ini memang aku ciptakan khas untuk kau yang begitu utuh sekali di carta hatiku.

Kau tahu apa beza kau dengan aku? Kau pencuri, aku mangsanya. Kau mencuri hati, dan nampak gayanya susah untuk kau kmbalikan semula hati ku. Kau nie, jahat betul.

Kau baik, sebab selalu layan kepala aku. Kau pandai, sebab kau pandai layan aku. Kau hensem, tapi kau cuma hensem di mata aku walaupun kepala kau botak, telinga tadah air, takpe sebab bagi aku kau hensem. Kau penyabar, sebab kau selalu cool jeh bila aku merajuk, sabar pujuk aku yang kuat merajuk nie.

Kau boleh jadi cikgu, tapi bukan cikgu yang mengajar di sekolah sebab aku kira, siapa yang belajar dengan kau, balik rumah mesti mintak parents mereka pindahkan sekolah, sebab kau garang. Ajar aku macam nak makan.

Kau unik, sebab kau suka main dengan rabbit, kau takde mood gara gara kematian rabbit kau yang kembali ke rahmatullah kemarin. Dari situ bisa aku gulungkan bahawa kau seorang yang penyayang.

27hb July 2012, kau telah menabalkan aku sebagai sang kekasih hatimu. Tapi ku pikirkan tarikh yang berlainan dengan kau. Tapi itu bukanlah issue utama. Di awal percintaan kita, ku pikirkan kita tidak akan berkekalan, begitu jugak dengan dirimu. Kau juga penah menyatakan yang kita tkkan lama. Kan?

Kau ingat kali pertama kita berjumpa? Kau ambik aku di rurmah dan ke kedai mamak, menu kita begitu simple, tea ais dua. Itu, itu yang pertama. Kau ingat kad raya kau bagi? Ye masih utuh di dalam sampulnya. Kemas tulisan dalamnya walaupun pantun itu bukan nukilan kau.

Semakin lama menyulam kasih, aku mula menarik balik tanggapan yang kita tidak akan kekal lama, begitu jugak engkau. Kau sweet doh, kau pandai tackle aku, kau pandai ambik hati aku. Kau serabai.

Kadang kadang kau layan aku macam musuh kau, kadang kadang macam kawan kawan, kadang kadang macam adik abang, kadang kadang macam pasangan bahagia, kadang kadang ,macam husband and wife...... Ops, maaf. Dan sebab gabungan daripada kadang kadang tu lah membuat hatiku bagai dibina rumah di mana penghuni tetapinya adalah kau syahmi. Ye. Kau sakai.

Harinie, kita dah 60 hari kenal. Defuq, baru 60 hari ayat gebang macam 60 tahun dah kenal. Kisah plak.

60 hari, cepat betul masa berlalu, tapi sepatah kata kau "2 bulan memang laa sekejap, tapi nak tunggu lima tahun akan datang, wush lama kot." Kenapa dengan lima tahun? Ye insyaAllah kalau ada rezeki abes jeh study 2015 nie, aku nak kahwin dah dengan syahmi. Ahh kau wak, jangan nak gatal sangat ah -,-

Dah berapa lama tidak bersua muka, ahh rindunya. Rindu. Rindu yang hanya aku saje yang tahu. "Tu lah yang sape suruh belajar jauh jauh." Ahhh kalau aku dekat dengan kau, lagi aku muak. Jarak bukan penghalang cinta kami *Muntah darah*

Orang ketiga, setiap pasangan bercinta takmahu ada orang ketiga. Begitu jgak dengan kami. Syahmi comel, sebab dea cakap dea takkisah pon kalau aku ada suka siapa siapa, adat katanya. Tapi, sepatah kata acap, "laki laen chot, kalau dea kecewa/ jealous, dea simpan dalam hati." Dan aku mohon, kau takmacam tue syahmi.

Berkaitan dengan si Q, aku mohon maaf. Bukan niat nak mendua. Ahhh kalau aku nak curang dengan kau boleh jeh sayang. Tapi aku bgtau kau semua pasal dea, sebab aku taknak kau fikir laen. Aku tahu kau taksuka, kecewa dengan aku. Maaf sayang, maaf.

Tapi sejak dua menjak nie, aku perasan perubahan kita. Atau mungkin aku yang berperasaan lebih. Mungkin kita berdua sibuk, stress dengan belajar. Mungkin sebab itu, aku selalu nakmakan hati dengan kau. Haihhh. Muhammad Syahmi bin Abd Hamid, pohon kau tahu, aku rindu kita yang dulu.

Rindu, taksabar aku nak tunggu masa pulang, akan ku manfaatkannya untuk melebamkan lagi badan badan kau, rindu kau pentol.


Hi future hubby, do you miss me? No? Okay.