Pendapat jahat.

Hi readers! *cough* Alahai sekarang nie musim nak demam jeh kan? Akak akak tempat kerja semua takkerja sebab anak taksihat, demam. begitu jugalah dengan Ika yang katanya demam tapi sampai ke pasar borong perginya. Hm.

Laama dah saya takmembuang masa dekat rumah. Dua hari dapat balek awal rasa macam. . . Awhhhh! Heaven gila woi! Semalam pukul 10 lebih dah tidur Zzzzzzzzzz, dan harinie, hari ahad saya dah berjaya menggagahkan diri untuk stay up malam. Wuuwuwuwu *clap clap for myself*

Saya kan tadi gelak guling guling tengok majalah sekolah. Dahlah taklawa, kecik! Huhh save budget betoi sekolah saya nie. Toi ya? Toi toi toi! *pengaruh kak Ira XD* Still yet, thanks Kak Ira sebab buatkan mee goreng untuk saya. Walaweh untung saya sebab ada orang nak masakan untuk saya *hulur air gas*

Masalah, semua orang ada masalahkan? Cuma taksemua orang mampu sembunyikan masalah mereka. Dan ada sesetengah pula suka pendam sorang sorang masalah itu. Terpulang kepada individu tue sendiri.

Pendapat, semua orang boleh bagi pendapat. Yang bernas, yang takbernas. Yang masuk akal, yang gila meroyan. Semua pendapat boleh digunapakai. Cuma kena ada cara yang tersendiri dan masih lagi bergantung kepada seseorang itu untuk menerima atau tak pendapat yang telah dicurahkan.

Kalau rasa nak pendapat yang baek baek, aku sarankan untuk jangan carik aku. Repeat, jangan. Korang boleh rujuk kepada Asyikin Rehan dan Haikal Majid kalau nak bukti yang kukuh kenapa aku cakap jangan carik aku. Seriously, pendapat aku yang takbaek. 90% daripada pendapat aku tue yang takbaek dan 10% lagi barulah yang baek. Tue pon depends atas masalah seseorang juga.

Semua pendapat aku takmembangun. Kadang kadang aku rasa bila aku bagi pendapat makin buat someone tue down kot. Lagi lagi bab bab cintan cintun nie. Perghhh memang aku pulun abes bagi pendapat yang buruk. Bukan sebab aku jealous atas hubungan korang, cuma aku lebih mahu berhati hati. Takkan lah kau nak pisang berbuah dua kali kan? Hm.

Kaitannya sekarang, bila kau ada masalah automatik kau akan carik someone untuk mintak pendapat terhadap masalah yang korang hadapi kan? Dan orang itu, bukanlah aku. Good night guise :*


Dan, masalah saya sekarang kenapa dah takbuat Paddington Bear nie lagi?! Apehal asik buat Peter Rabbit jeh? *packing diri sendiri dalam kotak*