Dua.

Ya Allah Kau permudahankan lah segala urusanku pada harinie Ya Allah. Amin.

"Amaran kepada calon. Calon tidak dibenarkan membawa . . . . . Jika buku jawapan tidak mencukupi sila minta helaian tambahan dari pegawas peperiksaan. Sila semak kertas soalan. Kertas soalan ini mempunyai 3 halaman bercetak dan satu halaman tidak bercetak. Calon boleh menjawab sekarang."

Bismillah.

Dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir segenap empat penjuru dunia . . . . . .

2 jam kemudian

"Calon, masa menjawab sudah tamat. Sila letakkan pen anda. Kertas jawapan di ambil sekarang."

"Macam mana tadi paper bm? Okay tak? Kau buat soalan yang mana?" Soalan biasa bagi calon SPM yang baru keluar dewan peperiksaan.

Sebentar lagi pukul 2 kertas Bahasa Melayu 2. Dua jam 30 minit.

"Calon boleh mula menjawab sekarang."

Ya Allah ngantuknya O.o Astagfirullah.

Rumusan: Petikan membincangkan . . . . . . 30 minit kemudian. Ya Allah semakin mengantuk. Ngantuk, ngantuk yang teramat sangat! Tidur jap ah. Zzzzzzz

1 jam kemudian. Ya Allah dah pukul 3?! Aku takbuat banyak lagi nie weh! Mampus. Mengagau tanganku mencari pen.

2 jam 30 minit kemudian.

" Masa menjawab sudah tamat. Sila letakkan pen anda."

Keluar dewan, Ya Allah menyesal aku tidur tadi. Ya Allah paper BM aku!! :(