Trololololo! Lelaki Durjana :*

Assalammualaikum semua. Apa khabar semua? Kelihatan seperti sudah lama membiarkan blog ini dalam keadaan berhabuk. Puhpuh. Okay takberhabuk dah. Kepada blog, maaf ;)

Kembali ke topik yang asal. Lelaki durjana? Siapakah mereka? Di sini, ingin saya memberitahu strata sejagat sekalian bahawa saya dengan ini akan memberitahu siapakah sebenarnya lelaki durjana yang sering diperkatakan hari demi hari. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa mereka ialah Muhd Azri Muhd Arif (Black) dan Zharif Zafri Rasidin (Pai). Seperti yang semua sedia maklum, mereka merupakan lelaki yang belajar di dalam satu kelas yang sama bersama saya bahkan kedudukan kami di dalam kelas tidaklah ketara jauhnya. Pai di hadapan saya manakala Black duduk di hadapan meja guru iaitu di hadapan Pai. 

Mereka ini saya gelarkan sebagai lelaki durjana. Hal ini demikian kerana mereka seringkali membuli dan mengenakan saya. Selain daripada mereka, tidak jugak dilupakan iaitu Muhd Syaheer Ismail (Syaer) yang sama sama menyokong tindakan membuli dan mengenakan saya. Kegiatan haram mereka acapkali (bukan acap roslan okey please) dilakukan apabila tamat waktu persekolahan dan semasa P&P dijalankan. Mereka merupakan faktor utama kepada ketidakfokusan saya di dalam kelas.

Pada hari Sabtu yang lalu, kita semua telah digempurkan dengan keberangkatannya Black dan Pai ke Kuala Lumpur. Pada hari jumaat malam, telefon bimbit Zaman Yunani saya tidak boleh tinggal diam. Tepat jam 12.30 malam, saya telah dikejutkan dengan panggilan mereka. Mereka yang teramat durjana telah menganggu saya bukan sahaja di sekolah malahan di rumah jugak. Saya, sebagai rakan yang baik, mengangkat panggilan mereka sebagai penyedap hati sahaja. Mereka begitu kepak memberitahu bahawa mereka sedang dalam perjalanan untuk ke Kuala Lumpur.

Pada hari Ahad pula, saya disertai oleh Omey, Haikal dan dua orang lelai durjana ini telah berkumpul untuk beriadah. Kami telah menikmati Tutti Frutti dan seterusnya ke Retoran Osman untuk mengisi perut yang lapar. Saya telah diberitahu bahawa mereka ada membelikan sedikit buah tangan dari Kuala Lumpur.

Semalam, hari Rabu selepas rehat saya telah dicemburukan oleh kawan kawan sekelas saya antaranya Syaer, Haikal, Acap, Omey, Cecet dan Haira tentang hadiah yang diberikan Black kepada mereka. Pada mulanya, saya tidak ambil tahu mengenainya. Tetapi lama kelamaan, mereka semakin kuat meng-saiko saya. Ada terselit rasa kecewa kerana mereka tidak memberikan apa apa kepada saya.

Semasa perjalanan pulang ke rumah, saya dengan perasaan yang bercampur baur sedih telah menggagahkan diri untuk terus menapak pulang. Tiba tiba, Black menghulurkan saya satu beg plastik hitam jalur coklat kepada saya, saya lebih suka untuk bertindak mendiamkan diri. Pai pula mengambil bungkusan itu lalu dihulurkan kepada saya. Saya diam. Syaer menyarankan untuk mengambil dan mengugut saya bahawa dia akan mengambil bungkusan tersebut. Dalam hati saya bermonolog sendirian "tak mungkin mereka lupa dekat aku". Lalu saya dengan segan segan mengambil dan ....



Ini merupakan hadiah yang telah diberikan kepada saya. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa saya satu satunya rakan mereka yang telah diberi dua hadiah. Hadiah tambahan. Dan saya sangat beruntung. Inilah hadiah paling bermakna yang pernah saya terima. Akan saya bingkaikan gambar ini.  Saya berjalan dengan hati beriang ria kerana Black telah membelanja saya, Pai dan Syaer air tebu Makcik tepi Jiason. Terima kasih Durjana-durjana.

Bagi menggulung mauduk di atas, ingin saya memberitahu bahawa bertapa bahagianya hidup saya kerana memiliki sahabat yang durjana seperti mereka. Saya juga ingin memberitahu bahawa hidup saya lebih bermakna bersama mereka. Walaupun ramai yang beranggapan buruk terhadap saya atau ada yang tidak menerima saya berkawan dengan lelaki, tetapi bak kata peribahasa air susu di balas tuba. Ya. Itulah peribahasa yang agak bersesuaian untuk kawan saya yang terdahulu. Akhirnya kini, saya lebih berhati-hati untuk berkawan dengan sesiapa. Bukan niat untuk memilih kawan, tetapi tidak salah kiranya saya lebih berhati-hati dengan mereka yang lebih bertalam dua muka. Sekian.


sudah saya kata mereka durjana kerana membiarkan saya tersepit di tengah-tengah. Mungkin saya akan menyayangi mereka lebih dari mereka mereka yang terdahulu. 

*Nota air kelapa : Maaf sekiranya ada yang terasa dengan esei 360 patah perkataan saya. Peace and no war ;')